This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk bantah MPK lulus projek bina banglo

05/12/2003 Berita Harian

KLANG: Lebih 70 penduduk Taman Klang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) meluluskan projek pembinaan empat unit banglo berkembar di kawasan taman permainan di Jalan Muda 23 dan Jalan Muda 24.

Penduduk terbabit mendakwa menerima notis pada Jumaat lalu bertarikh 30 September daripada majlis perbandaran itu menyatakan menerima permohonan daripada seorang pemaju yang mendapatkan kelulusan untuk membina unit banglo di taman permainan itu.

Notis yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPK, Noraini Roslan, berkata sebagai pemilik tanah yang bersempadan taman permainan itu, mereka berhak membantah projek itu dan perlu menghantar surat 21 hari sebelum tarikh notis dikeluarkan.

Ahli Majlis MPK, Sam Yoong Chee Wei, yang ditemui penduduk terbabit berkata, penduduk di taman berkenaan lebih marah apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya mengeluarkan notis itu pada 28 November lalu, padahal sebenarnya ia bertarikh 30 September.

Katanya, penduduk taman itu yang datang mendapatkan bantuan beliau menghantar petisyen kepada Presiden MPK, Datuk Mohd Sharif Yusof selepas itu dengan menyatakan bantahan mereka terhadap projek berkenaan.

Beliau berkata, salinan petisyen itu turut dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

"Saya akan membawa perkara ini kepada Mohd Sharif segera kerana taman ini membawa manfaat kepada penduduk di situ khususnya bagi wanita dan kanak-kanak yang menggunakan taman itu untuk menjalankan kegiatan sukan dan rekreasi.

"Taman ini satu-satunya kawasan terbuka di kawasan perumahan berkenaan selain penduduk terbabit sudah menggunakannya sejak 23 tahun lalu, jadi mereka amat tidak berpuas hati dengan projek pembinaan banglo," katanya.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai K H Lim, berkata langkah MPK membina unit perumahan banglo di tanah yang dirizabkan untuk tujuan rekreasi adalah salah di sisi undang-undang.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.