This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemilik tuntut janji tebus semula geran rumah
31/12/2003 Berita Harian

SEREMBAN: Kumpulan 28 penghuni Taman Perumahan Jaya Lukut, Port Dickson menuntut supaya pemaju perumahan Astana Strategi (M) Sdn Bhd menunaikan janji rnenebus semula geran hak milik rumah yang dicagarkan kepada AmFinance Bhd.

Mereka mendakwa Pengarah Astana Strategi, Datuk Wong Ah Kow, yang berjanji menebus semula geran sebelum akhir tahun ini masih gagal mengotakan janjinya, hingga semalam.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Kumpulan 28 Penghuni, Normala Hashim, berkata mereka kesaldan kecewa kerana dimaklumkan syarikat itu masih belum menebus sebuah rumah pun daripada bank.

"Saya ada bertemu dengan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Yeow Chia Thiam, Rabu lalu bagi bertanyakan perkembangan mengenai perkara itu.

"Bagaimanapun, beliau (DrYeow) memberitahu pemaju itu hanya baru membayar RM20,000 kepada bank, sedangkan tempoh enam bulan yang diberikan kepadanya berakhir hari ini.

"Beliau turut memaklumkan usahanya untuk menghubungi pengarah syarikat itu gagal kerana nombor telefonnya sudah bertukar," katanya ketika ditemui di rumahnya, semal-am.

Pada 8 Julai lalu, Wong yang mengadakan pertemuan dengan Dr Yeow memberi jaminan akan menebus semula geran hak milik 28 penghuni taman berkenaan yang dicagarkan kepada bank, sebelum akhir tahun ini.

Sehubungan itu, Wong dilaporkan berkata syarikatnya akan menjual beberapa hartanah yang dimiliki bagi mendapatkan kira-kira RM928,000 bagi menebus semula hak milik penghuni taman berkenaan.

Beliau memberi jaminan akan menyelesaikan masalah ini sebelum hujung tahun ini.

Katanya, beliau berharap penghuni bertenang dan bersabar kerana pihaknya sedang bersusah menyelesaikannya.

Wong berkata, jika pihaknya tidak bertanggungjawab dan menjaga kepentingan pembeli, sudah pasti mereka sudah melarikan diri.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan hampir 40 minit dengan Dr Yeow, 8 Julai lalu.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan 28 penghuni taman, berkenaan, kebanyakan jutawan segera dari Felda Lyndon B Johnson (LBJ) terkejut apabila Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan rumah yang mereka beli secara tunai tujuh tahun lalu, dilelong.

Mereka yang membayar antara RM84,000 hingga RM140,000 bagi setiap unit rumah di situ, dimaklumkan perlu membayar tambahan antara RM40,000 hingga RM50,000 kepada bank.

Keadaan itu dikatakan berlaku berikutan pemaju projek perumahan itu tidak menjelaskan bayaran pinjaman kepada bank, walaupun 28 pemilik rumah berkenaan membayarnya secara tunai ketika proses jual beli.

Semua. rumah itu dibuka untuk lelongan awam pada harga rizab RM3 juta di Mahkamah Tinggi Seremban, 30 Jun lalu.

Bagaimanapun, tidak ada pembeli sehingga tempoh lelongan ditutup.

Normala berkata, kumpulan itu berharap kerajaan negeri, terutama Dr Yeow dapat- menyelesaikan masalah itu kerana bimbang rumah yang sudah dijelaskan itu, akan dilelong semula oleh bank "Kami masih berharap supaya pemaju itu dapat menyelesaikan perkara itu dengan pihak bank hari ini, iaitu hari terakhirnya berbuat demikian.

"Jika gagal, kami akan berbincang terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakah. Namun, kami amat berharap kerajaan negeri dapat masuk campur dan menyelesaikan masalah kami.

"Kami tidak mahu hak kami dilelong dan berdepan kemungkinan diusir keluar dari rumah sendiri, sedangkan kami sudah menjelaskan semua bayaranya," katanya.

Sementara itu, Dr Yeow gagal dihubungi kerana bercuti di luar negara.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.