This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju sengaja lewatkan bina rumah kos rendah

31/12/2003 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Segelintir pemaju di negeri Selangor didapati mele-wat-lewatkan pembinaan unit ru-mah kos rendah, sebaliknya lebih memberi keutamaan dalam menyiapkan rumah kos mewah dan sederhana mewah dalam projek mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan, Setinggan dan Alam Sekitar Sela-ngor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan berkata, pihaknya akan memantau semua projek peruma-han di negeri itu bagi memastikan pemaju memberi keutamaan ke-pada pembinaan unit kos rendah.


"Kita dapati ada pemaju yang melambatkan proses pembinaan rumah kos rendah sedangkan pembinaan rumah kos mewah dan sederhana mewah sudah siap dan hampir siap dibina.


"Justeru, kita akan memantau projek perumahan bagi memasti-kan pembinaan unit rumah kos rendah disegerakan," katanya pada sidang media selepas meninjau projek tiga projek perumahan di Cheras di sini, semalam.


Sebagai contohnya, beliau ber-kata, projek perumahan yang dibina oleh pemaju, Mesebah Sdn Bhd membabitkan pembinaan unit ru-mah kos mewah, sederhana mewah dan rumah kos rendah di Bukit Sungai Puteh, Cheras.


Katanya, unit rumah kos mewah serta sederhana sudah siap dan hampir siap dibina tetapi pembinaan 466 unit rumah kos rendah di tempat yang sama sehingga kini belum dimulakan.


"Kita sudah arahkan Mesebah memulakan projek ini selewat-le-watnya Mac tahun depan dan jika tiada halangan projek ini akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan akan datang," katanya.


Mohd Mokhtar berkata, daripada jumlah itu, 300 unit akan diambil oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dikhaskan ke-pada setinggan di sekitar kawasan tadbiran majlis berkenaan dan selebihnya dibuka kepada orang ramai.


"Rumah ini hanya sebagai perse-diaan untuk menempatkan seting-gan sekiranya pemaju yang dilantik kerajaan Selangor gagal menyiapkan projek perumahan dalam tem-poh yang ditetapkan.


"Setinggan boleh mendapatkan rumah kos rendah dengan harga RM35,000 manakala RM42,000 un-tuk bukan setinggan," katanya.


Beliau berkata, selain Mesebah, turut terbabit dalam masalah itu adalah pemaju, Jiwa Mewah Sdn Bhd yang mana sehingga pemaju berkenaan masih gagal menyiapkan kira-kira 400 unit rumah kos rendah seperti cadangan awal mereka.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.