This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju gagal siapkan rumah ikut tempoh diberi amaran

30/12/2003 HM

KUALA LUMPUR: Ada pemaju di Selangor lebih memberi keutamaan dalam menyiap-kan rumah kos mewah dan sederhana mewah dalam projek mereka berbanding rumah kos rendah.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan, Setinggan dan Alam Sekitar Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Daha-lan berkata, pihaknya akan memastikan pemaju memberi keutamaan kepada pembinaan unit kos rendah.


"Saya dapati ada pemaju melambat-lambatkan pembinaan rumah kos rendah. Bagaimanapun, pembinaan rumah kos mewah dan seder-hana mewah sudah siap dan hampir siap dibina.


"Ini amat dikesalkan dan pemantauan akan dilakukan bagi memastikan rumah kos rendah disegerakan," kata-nya selepas meninjau projek tiga projek perumahan di Cheras disini, semalam.


Sebagai contoh, katanya, projek perumahan yang dibina pemaju, Mesebah Sdn Bhd membabitkan pembinaan unit rumah kos mewah, sederhana mewah dan rumah kos rendah di Bukit Sungai Puteh, Cheras.


Katanya, unit rumah kos mewah serta sederhana sudah siap dan hampir siap di-bina tetapi bagi 466 unit di tempat sarna yang membabitkan rumah kos rendah sehingga kini belum dimulakan projek pembinaannya.


"Mesebah sudah diarahkan memulakan projek ini selewat-lewatnya Mac tahun depan dan jika tiada halangan projek rumah kos rendah ini akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan," katanya.


Beliau perkata, daripada jurnlah itu, 300 unit akan diambil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dikhaskan kepada setinggan di sekitar kawasan tadbiran majlis berkenaan selebihnya akan dibuka kepada orang ramai.


"Rumah ini bagi menempatkan setinggan sekiranya pemaju yang dilantik kerajaan Selangor gagal menyiapkan projek perumahan dalam tempoh ditetapkan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.