This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pasukan Petugas bantu dapatkan CF
10/12/2003 BH

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menubuhkan Pasukan Petugas tidak lama lagi untuk membantu pemaju dan orang ramai mendapatkan sijil layak menduduki (CF).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan, Setinggan dan Alam Sekitar Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata penubuhan pasukan itu bertujuan mengatasi masalah mendapatkan kelulusan CF di negeri berkenaan.

Beliau berkata, pasukan yang ditubuhkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) itu akan dijadikan pusat sehenti dalam usaha kerajaan negeri memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.

"Kita dapati masalah yang membabitkan CF begitu banyak di Selangor dan kita perlu memandang serius perkara ini.

"Justeru, kita perlu mencari jalan segera untuk mengatasi masalah ini daripada bertambah serius pada masa depan," katanya pada sidang media selepas melawat kawasan Bukit Antarabangsa dan Hillview di sini, kelmarin.

Mohd Mokhtar berkata, penubuhan Pasukan Petugas yang diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu akan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui status rumah masing-masing selain membantu pemaju mendapatkan CF.

"Penubuhan pasukan ini akan diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar tidak lama lagi, mungkin pada waktu terdekat ini.

"Orang ramai yang kurang arif mengenai status rumah mereka atau pemaju bermasalah mendapatkan kelulusan CF boleh menghubungi talian terus Upen, 03-55447142, pada waktu pejabat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa tempatan mewujudkan pusat sehenti masing-masing untuk memudahkan orang ramai dan pemaju yang bermasalah mendapatkan khidmat nasihat.

Katanya, setakat ini hanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sudah mewujudkan pusat seumpama itu di kawasan tadbiran mereka.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.