This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kontraktor tipu kelulusan alat cegah kebakaran

16/12/2003 Berita Harian

PORT DICKSON: Jabatan Bomba dari Penyelamat (JBP) daerah mengenal pasti beberapa kontraktor tempatan yang mendakwa boleh meluluskan keselamatan alat mencegah kebakaran bangunan.

 
Penguasa JBP Zoo Port Dickson, S Kobalan Krishnan, berkata pihaknya menerima aduan penduduk mengenai kontraktor terbabit mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tertentu kepada pemilik bangunan.


Beliau berkata, ada kalangan kontraktor terbabit mengenakan caj sehingga RM300 untuk mengesahkan status keselamatan alat pemadam kebakaran di sesebuah bangunan.


"Terdapat kontraktor terbabit yang mengambil kesempatan dengan memakai uniform JBP semasa membuat pemeriksaan terhadap alat kebakaran di bangunan itu.


"Sikap kontraktor terbabit adalah tidak wajar kerana ia boleh mencemarkan nama baik jabatan selain boleh menjejaskan keyakinan orang ramai," katanya, di sini.


Kobalan berkata, dari aduan yang diterima dipercayai mereka, yang tidak bertanggung jawab ini memakai uniform JBP dan menjalankan ujian tahap keselamatan alat pemadam kebakaran yang perlu diletakkan di dalam bangunan.


Katanya, pihaknya mendapati alat pemadam kebakaran yang disyorkan oleh kontrak-tor itu didapati gagal berfungsi sedangkan pemilik bangunan sudah membeli sehingga empat atau lima buah unit alat, berkenaan.


"Selepas kejadian itu pemilik menyalahkan pihak JBP dan kemudiannya meminta semula wang yang sudah dibayar terhadap perkhidmatan yang diberikan.


"Sepatutnya orang ramai menghubungi JBP yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya," katanya.


Kobalan berkata, kebiasaannya JBP hanya mengenakan caj RM5 bagi setiap kali pemeriksaan sistem pemadam berkenaan dan dalam masa menentukan jumlah yang diperlukan.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya meminta pandangan dan nasihat dari pihak JBP untuk memastikan keselamatan bangunan dan keperluan bahan pencegahan yang diperlukan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.