This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Borang F ganti CF rumah

31/12/2003 Berita Harian

MAJLlS Bandaraya Shah Alam (MBSA) me-wajibkan perunding menggunakan Borang F bagi perakuan siap dan pematuhan bagi rumah sebuah, menggantikan Sijil Layak Menduduki (CF), mulai 15 Januari tahun depan.


Datuk Bandar, Datuk Salamon Selamat, berkata penggunaan borang itu bertujuan memastikan perunding mengawasi pembi-naan rumah berkenaan mengikut undang-undang kecil yang diguna pakai.


Beliau berkata, penggunaan itu juga men-jarnin pembinaan rumah sebuah supaya me-matuhi syarat yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarat lain turut dipatuhi.


Katanya, penggunaan borang F itu boleh diguna pakai dan termaktub dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (undang--undang kecil baru 25A) yang diwartakan kerajaan negeri.


"Satu set borang F mempunyai tujuh sali-nan, merangkumi jabatan teknikal seperti perunding, Lembaga Arkitek Malaysia, Jaba-tan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.


"Setiap salinan salinan borang F dijual dengan harga RM70," katanya pada sidang akhbar selepas memngerusikan Mesyuarat Penuh MBSA yang terakhir tahun ini di sini, semalam.


Dalam hal berkaitan, Salamon berkata, MBSA juga memperkenalkan Sistem Pusat Setempat (OSC) bagi memproses permoho-nan CF dan kelulusan pelan bangunan, mulai tabun depan.


Katanya, peranan OSC peringkat PBT ada-lah menerima permohonan kelulusan Pelan Bangunan dan CF serta mengedarkan per-mohonan itu ke agensi teknikal atau pihak berkaitan untuk diproses.


"Ia juga bertindak sebagai penyelaras bagi mengawal dan memantau permohonan yang diedarkan ke agensi teknikal. OSC juga menerima ulasan dari agensi teknikal untuk dikumpul dan diproses," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.