This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jawatankuasa segerakan pengeluaran CF ditubuh
03/07/2003 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatan ukases khas dan pusat sehenti ditubuhkan di peringkat kerajaan tempatan bagi mempercepatkan proses pengeluaran sijil layak menduduki (CF) yang ketika ini menjadi masalah utama dalam sektor perumahan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Peter Chin Kah Fui, berkata penubuhan jawatan kuasa itu diarahkan Kabinet berikutan banyak aduan diterima mengenai kelewatan medapatkan CF.

Setiap tahun kementerian menerima lebih 2,000 aduan mengenai kelewatan untuk mendapatkan CF.

"Kerajaan sudah menetapkan tempoh pemprosesan selama dua minggu tetapi kerana beberapa masalah teknikal, kelewatan masih berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat Pameran Rumah dan Perhiasan (HOMEDEC) 2003 di Pusat Pameran Mid Valley di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CIS Network, Vincent Lim dan Pengurus Jenama Sara Lee, Loo Choi Poon.

Chin berkata, setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mewujudkan pusat sehenti bagi mempercepatkan proses mendapatkan CF.

"Bukan semua kelewatan untuk mendapatkan CF disebabkan masalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ada sebahagiannya disebabkan pemaiu sendiri yang tidak menyiapkan tugasan dengan sempurna katanya.

Beliau berlaku sebelum pemilikan kosong dibuat pemaju hendaklah mendapatkan pengesahan arkitek sokong tujuh jabatan teknikal serta penyambung bekalan air serta elektrik.

Katanya, Pemaju juga perlu memaklumkan kepada pengawal perumahan apabila menyerahkan pemilikan kosong kepada pembeli.

Semua ini perlu supaya Borang E dapat diserahkan kepada PBT bagi pengeluaran CF, "katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.