This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Selangor mahu siapkan projek terbengkalai
21/10/2003 Berita Harian

KLANG: Kerajaan Selangor dan Syarikat Perumahan Negara (SPN) sedang berusaha bagi menyelesaikan 86 projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri menjelang tahun 2005.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Setinggan, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan (gambar), berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri membantu SPN membuat kajian satu persatu setiap perumahan yang terbengkalai.


Sambil memberikan jaminan mengenai kerjasama itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mengurangkan masalah birokrasi bagi memastikan urusan yang diperlukan SPN berjalan lancar.


"Masalah projek perumahan terbengkalai rumit dan memerlukan campur tangan terus kerajaan jika mahu projek itu diselesaikan segera," katanya selepas menyerahkan kunci rumah Pangsapuri Permai, Bukit Kuda di sini, semalam.


Mohd Mokhtar berkata, ada sesetengah tanah bagi tapak projek sudah tergadai kepada bank, malah ada syarikat perumahan yang tidak lagi wujud.


Setakat ini, Mokhtar berkata, SPN sudah mengambil alih 12 projek perumahan terbengkalai dan lima daripadanya disiapkan dalam masa singkat.


Beliau berkata, kebanyakan projek terbengkalai di sekitar Kajang, Petaling dan Klang, selain daerah lain tetapi jumlahnya tidak membimbangkan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.