This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah Taman Seri Bertam pindah November
24/10/2003 Berita Harian


MELAKA: Seramai 207 pembeli fasa pertama perumahan Taman Seri Bertam, Sungai Udang, dekat sini akan menerima kunci rumah masing-masing pada 7 November depan.


Projek perumahan itu yang terbengkalai sejak 2000 siap sepenuhnya dan dijadual menerima Sijil Layak Menduduki (CF) pada akhir bulan ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman, berkata majlis penyerahan kunci itu akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena program lawatan sehari ke DUN berkenaan pada 7 November depan.


"Kerajaan negeri berterima kasih kepada pemaju,. Vision Chart Sdn Bhd kerana berjaya menyiapkan projek perumahan itu mengikut jadual selepas mengambil alih projek berkenaan daripada pemaju lama pada 2002.


"Dalam tempoh sembilan bulan saja, semua projek perumahan yang terbengkalai ini dapat dipulihkan selain jalan masuk ke taman berkenaan turut ditar, katanya ketika melawat perumahan itu, di sini, semalam. Turut serta, Pengarah Vision Chart Sdn Bhd, Tan Tiong Sang dan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Seri Bertam, Azmi Yahood.


Fasa pertama perumahan Taman Seri Bertam mengandungi 207 unit rumah kos sederhana berharga RM69,900 seunit dengan keluasan 20 x 65.


Ab Karim berkata, kebanyakan penghuni taman berkenaan adalah anggota tentera dan kalangan mereka sudah bersara.


Sementara itu, Tan berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkaitan untuk membolehkan CF , dapat dikeluarkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.


"Setakat ini tujuh agensi kerajaan dan swasta telah memberi kelulusan dan kita masih menunggu ujian terakhir daripada lndah Water Konsortium (IWK).


"Selepas ujian terakhir itu selesai, CF dijangka dapat dikeluar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan kunci akan diserahkan kepada , pembeli pada tarikh yang ditetapkan," katanya.


Sehubungan itu, Tan berkata, pembeli dinasihatkan memeriksa rumah masing-masing dan memaklumkan kepada kontraktor jika terdapat sebarang kerosakkan supaya ia boleh diperbaiki.


Katanya, pembeli yang tinggal di luar Melaka boleh menghubungi pejabatnya melalui talian 063123901/3123976 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.