This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

400 rumah di Bukit Sentosa retak
Berita Harian 07/10/2003 By Irfasila

SAYA berpindah ke taman perumahan di Bukit Sentosa, Rawang sekitar dua tahun lalu. Kami membelinya dengan harga yang agak murah berbanding di kawasan perumahan lain di sekitar bandar raya.


Rumah kami di Jalan Anggerik iaitu rumah teres dua tingkat empat bilik dan tiga bilik air berharga lebih RM100,000.


Sebaik berpindah kami mendengar rungutan jiran-jiran mengenai beberapa kemudahan yang tidak disediakan sebagaimana dijanjikan.


Mulanya saya beranggapan bahawa rungutan adalah rungutan kecil dan boleh diselesaikan dengan sendiri. Tetapi tidak lama kemudian, “penyakit” mula timbul dan merebak.


Masalah pertama ialah keadaan struktur rumah yang mula retak. Ini berlaku di Anggerik 4, iaitu deretan rumah di atas bukit hampir semua rumah (sekitar 400 buah semuanya) di situ mengalami keretakan yang benar-benar serius. Malah ada yang menunggu masa roboh atau mendap saja.


Di sebelah menyebelah rumah kami, retaknya bukan setakat di dalam tetapi boleh dilihat dengan jelas daripada luar. Perkara ini sebenarnya amat membingungkan kami kerana tiada tindakan konkrit diambil oleh pemaju walaupun sudah berpucuk-pucuk surat kami hantar memohon perhatian dan Bandar.


Kedua ialah kualiti tangki air yang dibekalkan kepada setiap rumah di Bukit Sentosa. Macam cerita dongeng saja kalau dikatakan bahawa hampir semua rumah yang didiami di Anggerik 4 mengalami kerosakan tangki air yang teruk.


Saya mengenali semua jiran di situ dan mereka mengadu tangki air di rumah mereka rosak dan bocor .Kerosakan atau kebocoran ini pula sudah tidak boleh dibaiki lagi kecuali diganti baru, yang mungkin menelan belanja beribu ringgit.


Dan yang menariknya perkara ini juga sudah dimajukan kepada pemaju, tetapi pemaju mengambil sikap yang sangat bijak mendiamkan diri.


Ketiga ialah masalah yang sedikit kecil saja, iaitu lalang yang benar- benar meninggi di sekeliling rumah, yang menjadi sarang ular ,biawak dan anjing liar.


Pemandangan dari jalan raya sungguh menakutkan seperti berada di kawasan perumahan berhantu dan tergendala. Pemaju tidak mahu terbabit dengan benda- benda kecil seperti ini dan mereka mengambil sikap ibarat 'lembu kenyang saja'.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.