This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

RFCB cadang tiga projek RM99 juta

30/08/2002 Berita Harian


RICH Focus Corporation Bhd (RFCB) merancang membangunkan tiga lagi projek hartanah komersial dan perumahan bernilai RM99 juta di Pulau Pinang.


Pengarah Urusannya, Victor Wong, berkata projek berkenaan dijangka dilancarkan penghujung tahun ini.
Beliau berkata, sejak beroperasi pada penghujung 80-an, RFCB yang berpangkalan di Pulau Pinang sudah melalui banyak cabaran dalam menjayakan projek pembangunan hartanah di negeri itu.


"Namun, kami berterima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menawarkan sebidang tanah seluas empat ekar di Sungai Nibong untuk dijadikan nadi perniagaan syarikat iaitu Taman Korporat Krystal Point," katanya pada pelancaran
Menara Korporat Krystal Point di Jalan Tun Dr Awang, Pulau Pinang semalam.


Majlis itu turut diadakan sempena ulang tahun ke-15 syarikat berkenaan.


Perasmiannya disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi RFCB, TH Heah.


Wong berkata, antara projek hartanah yang sudah disiapkan syarikat setakat ini ialah pembinaan 2,000 unit hartanah yang meliputi apartmen mewah, pejabat dan apartmen kos sederhana rendah.


Beliau berkata, pencapaian membanggakan RFCB ialah keupayaan menyiapkan semua projek hartanahnya pada masa yang ditetapkan walaupun ketika keadaan perniagaan di negara ini terjejas berikutan kelembapan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat sejak September 2001.


Katanya, satu daripada projek membanggakan syarikat ialah pembangunan 170 unit pejabat dalam Fasa 1, Taman Korporat Krystal Point yang sudah habis dijual baru-baru ini.


Beliau berkata, projek Menara Korporat Krystal Point apabila siap kelak merangkumi sebuah bangunan bestari setinggi 14 tingkat yang dilengkapi prasarana telekomunikasi menggunakan gentian optik sepenuhnya, pusat perdagangan dan kemudahan rumah kelab.


Wong berkata, bangunan menara yang akan dilengkapi tempat letak kereta tujuh tingkat itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2003.


Sementara itu Koh dalam ucapannya, berkata kejayaan RFCB melaksanakan pembangunan Taman Korporat Krystal Point itu membuktikan komitmen syarikat berkenaan.


"Seperti yang dijanjikan ketika majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan PDC pada 1998 dulu, saya dapat saksikan bahawa RFCB amat komited terhadap usaha menyediakan ruang perniagaan serta rumah dengan harga yang berpatutan di kawasan ini.


"Malah tawaran RFCB untuk membina sejumlah 260 unit rumah kos sederhana di tanah PDC ini amat dialu-alukan kerana ia bukan saja menjimatkan wang rakyat tetapi juga masa yang mungkin diperlukan oleh PDC untuk membinanya sendiri.


"Dengan itu, saya amat yakin RFCB mampu memberikan sumbangan yang lebihbermakna kepada penduduk negeri ini pada masa akan datang," katanya

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.