This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

60 pembeli rumah kecewa
Harian Metro 09/07/2002

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 pembeli rumah Newgate Avenue di USJ 21, dekat sini, berasa tertipu berikutan projek itu terbengkalai sedangkan mereka terpaksa melunaskan faedah bulanan pinjaman bank.


Disebabkan terlalu kecewa dan kesal dengan sikap pemaju projek terbabit, mereka membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam (Cassa), Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Majlis Peguam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Badan Arkitek dan Bank Negara.


Seorang suri rumah yang dikenali sebagai Lee, 31, berkata dia sudah bosan dengan janji kosong pihak pemaju sejak beberapa bulan selepas projek itu dilancarkan pada 1999.


"Kami sedih dengan apa yang berlaku ini. Pemaju mempunyai banyak pihak yang bersedia memberi pertolongan, termasuk ahli politik tempatan, tetapi kepentingan kami siapa yang boleh memberi perlindungan melainkan Cassa," kata seorang pesara kerajaan, yang mahu dikenali sebagai Francis, 58.


Projek pangsapuri 33 tingkat itu dijual kepada orang ramai pada harga sekurang-kurangnya RM66,800 dengan janji manis kononnya kediaman yang bakal dibangunkan itu menyediakan suasana ekslusif dan mewah.


Pembeli terbabit mahukan wang mereka dikembalikan, termasuk bayaran faedah yang dibayar.


Sehubungan itu, Presiden/Penasihat Perundangan Cassa, Datuk Dr Jacob George, berkata pihaknya menghubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas menyiasat kes itu bagi memastikan pembeli tidak menanggung kerugian dan teraniaya.


"Kementerian perlu mengambil tindakan segera termasuk menggantungkan sementera kelulusan pembinaan apartmen sehingga kebajikan pembeli dilindungi dari segi undang-undang untuk mengelakkan mereka teraniaya," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.