This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PBT degil dilapor kepada Kabinet
Berita Harian 04/05/2002

IPOH, Jumaat- Pihak berkuasa tempatan, (PBT) yang gagal mengeluarkan sijil layak menduduki (CF) dalam tempoh 14 hari selepas menerima perakaunan Borang E akan dilaporkan kepada Kabinet.

Borang E adalah perakuan tujuh jabatan dan agensi teknikal termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya dan Nasional Berhad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata beliau mempunyai nama PBT tertentu yang gagal mematuhi dasar itu tetapi belum mendedahkannya dalam laporan awal kepada Kabinet bulan lalu.

"Bagaimanapun, jika PBT terbabit terus berdegil dan tidak mematuhi nasihat kementerian,nama mereka akan diserahkan kepada kabinet," katanya kepada pemberita selepas melancarkan E-Rancang, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

E-rancang bagi permohonan, penyemakan dan kelulusan pelan sector pembinaan secara electronik adalah satu daripada komponen Ipoh, Bandaraya Maya (IBM), iaitu konsep pertama dilaksanakan di Asia Tenggara.

Kabinet sebelum ini meminta kementerian mengemukakan laporan prestasi PBT, samaada mengikut piagam kerja,termasuk proses dan kelulusan pelan pembangunan khususnya pengeluaran CF, setiap enam bulan.

Ong berkata, Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang meluluskan pemakaian dasar itu beberapa tahun lalu menetapkan kelulusan CF hanya merujuk kepada perakuan tujuh jabatan teknikal berkenaan.

PBT tidak boleh menambah syarat yang bukan teknikal atau mengahantar pihak tertentu membuat semakan tambahan atau berlapis-lapis selepas tujuh jabatan berkenaan memberi perakuan.

Bagaimanapun, Kementerian mendapati ada PBT menambah syarat tertentu hingga menyebabkan CF lambat dikeluarkan.

Sementara itu ketika ditemui di Nibong Tebal Pulau Pinang Ong berkata kementerian sedang merangka pelan induk pembangunan seimbang di kawasan kampung baru seluruh negara.

Ia termasuk meningkatkan kemudahan asas 452 kampung baru yang diwujudkan ketika darurat.

Beliau berkata, kementeriannya di beri tugas mengendalikan kampung tradisi dan kampung baru manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertanggungjawab terhadap kampung lain.

"Pelan termasuk meningkatkan kemudahan asa seperti jalan raya, pasar, dewan serbaguna, kawasan rekreasi, dan melihat keperluan asas kampung baru.

"Kita mahu semua rakyat Malaysia, termasuk di kampung baru menikmati kemudahan seperti rakyat di tempat lain.," Katanya.

Ong, berkata, sebahagian pelan induk turut bermatlamat mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan tanpa memerlukan penduduk, terutama belia berhijrah ke bandar.

Ong yang sudah melawat 250 kampung kampung baru sejak 2000, berkata sebahagiannya masih ketinggalan walaupun ada yang terletak dipinggir bandar.

" Hasil kajian dijangka diketahui tahun ini dan dapat membantu kementerian mengenalpasti beberapa projek asas untuk dilaksanakan di kampung baru, termasuk meningkatkan kegiatan ekonomi sedia ada," katanya.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.