This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

880 Pembeli rumah teraniaya

08/05/2002 HM


SHAH ALAM: Seramai 880 pembeli rumah di USJ19, Subang Jaya, mendakwa dianiaya kerana terpaksa membuat bayaran untuk projek perumahan terbengkalai sejak lapan bulan lalu.


Mereka juga mendakwa dilayan secara kasar oleh pemaju selain terpaksa menanggung risiko diisytiharkan muflis oleh institusi kewangan.


Penasihat Undang-undang Persatuan Pengguna Subang Jaya & Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George, berkata projek itu menimbulkan persoalan selepas pembeli keliru apabila pihak bank menuntut bayaran balik pinjaman walaupun pembinaan sudah dihentikan sejak lapan bulan lalu.


"Pihak bank memburu pembeli kerana mereka menandatangani perjanjian yang mana pemaju berjanji akan membayar faedah pinjaman bank," katanya.


Projek apartmen mewah yang dijalankan oleh pemaju, Sanjung Utama Sdn Bhd (SUSB) dihentikan sebulan selepas pembeli menandatangani perjanjian jual beli pada Ogos lalu.


Siasatan Cassa juga mendapati SUSB adalah sebuah syarikat berdaftar, manakala pelan projek yang dirancangkan di USJ19 itu sudah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


Dr Jacob berkata, syarikat berkenaan sudah menuntut kira-kira RM127.89 juta daripada Arab-Malaysian Finance Berhad hingga memaksa pembeli rumah membayar kira-kira 95 peratus daripada kos sebenar walaupun rumah belum siap.


"Sehubungan itu pembeli terbabit mahu Bank Negara dan Lembaga Arkitek Malaysia menjalankan siasatan terhadap pemaju.


"Kami mahu pemaju disiasat berkaitan pembayaran balik pinjaman dan mengapa arkitek tetap mengeluarkan sijil pengesahan sedangkan pembinaanya sudah dihentikan," katanya.


Menurutnya, ramai pembeli rumah menerusi projek itu kini disenaraihitamkan dan diburu pihak bank kerana gagal membayar faedah seperti dipersetujui sebelum ini.


Katanya, Cassa dan pihak pembeli juga akan membuat laporan polis bagi meminta bantuan daripada Bahagian Jenayah Komersial Bukit Aman agar menyiasat bank berkaitan kelulusan pinjaman kepada pemaju yang hanya berdasarkan kepada surat Lembaga Arkitek sahaja.


"Cassa mahu pihak bank berkaitan tidak memburu pembeli atau tangguh buat sementara waktu bayaran ansuran sehingga Bank Negara, Lembaga Arkitek dan polis selesai menjalankan siasatan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.