This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB mahu pulih 70 projek
Malay Mail 21/4/2002

SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa mengenal pasti 70 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara untuk dipulihkan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Penolong Pengurus Besar SPNB, Mohd Amin Mohd Salleh berkata, daripada 70 projek perumahan terbengkalai itu, 12 di Selangor, Pahang (10), Wilayah Persekutuan (9), Johor (7), Kelantan (7), Negeri Sembilan (6), Perak (5), Kedah (4), Pulau Pinang (4), Melaka (3), Terengganu (2) dan Perlis (1).

Beliau berkata, 70 projek itu membabitkan 26,510 unit rumah bernilai RM3.23 bilion.

"Kami sasarkan pulih 20 projek sehingga hujung tahun ini dan setakat ini 14 projek memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan bakinya akan diselesaikan penghujung 2003," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis penerangan dan menandatangani surat akujanji bagi pemulihan projek perumahan Taman Sari Bayu, Seremban.

SPNB syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dilantik sebagai agensi pelaksana dengan matlamat utama SPNB mengurus dan memulihkan semua projek perumahan terbengkalai

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.