This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rayu kerajaan Johor segera siapkan rumah murah
16/04/2002 Berita Harian

SAYA mewakili pembeli rumah pangsa Taman Desa Rakyat Perdana, Jalan Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor, bersebelahan Politeknik Johor Bahru dan berdepan Taman Kampung Kopok Baru merayu kerajaan Johor memberi perhatian kepada masalah kami yang tidak selesai sejak Mei 1998.

Projek ini dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd iaitu syarikat Kerajaan Negeri Johor.
Taman perumahan ini sepatutnya siap pertengahan 2001, seperti yang tertera pada papan tanda projek.

Semua pembeli sudah mendapat pengesahan nombor serta rumah yang dibeli, dan kunci rumah sepatutnya diserahkan pada akhir 2001 lalu.

Namun sehingga kini, projek perumahan itu masih menjadi tanda tanya kepada kami kerana segala urusan pinjaman bank sudah lama selesai dan pembeli rumah sudah membayar duit pinjaman. Yang pasti, projek itu terbiar begitu saja.

Projek perumahan yang berkali ganda daripada Taman Desa Rakyat Perdana seperti Taman Kota Masai yang beberapa kilometer luasnya, Taman Scientex, Taman Nusa Damai serta terkini Taman Cahaya Masai yang dimajukan swasta berhampiran taman perumahan ini sudah lama siap dan dihuni pembelinya.

Mengikut janji pada awal penjualan projek, kawasan itu dibangunkan dengan barisan kedai di tepi jalan, jalan lebar serta tempat letak kenderaan yang sempurna.

Ia juga dimasukkan dalam pelan pembangunan kawasan yang diberikan kepada pembeli. Bagaimanapun, kami difahamkan kedai itu tidak jadi dibangunkan kerana sudah ada kedai berhampiran projek taman itu.

Meskipun sudah ada rangka 10 blok bangunan lima tingkat di taman itu, ia tidak dipedulikan oleh mereka yang lalu di situ. Kini bangunan itu ibarat kubu tinggalan perang, dengan pelbagai longgokan sisa binaan, malah anak kayu hutan tumbuh meliar dan bakal menjadi belukar jika tiada tindakan diambil.

Daripada papan tanda projek itu, Taman Desa Rakyat Perdana dibina untuk mereka yang berpendapatan rendah. Kami berharap kerajaan negeri segera mengatasi masalah itu agar tidak tidak menyusahkan pembeli yang terdiri daripada rakyat tempatan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.