This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju suka ambil kesempatan
21/04/2002 Harian Metro

Saranan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, supaya kuota 30 peratus lot rumah Bumiputera dikurangkan berikutan kegagalan menjuaInya, mendapat reaksi banyak pihak.

Sebahagian besar daripadanya membantah cadangan itu atas pelbagai alasan, termasuk sikap pemaju perumahan sendiri yang tidak jujur daIam mengendaIikan penjualannya.

Presiden Persatuan Pembeli Rumah Malaysia, Datuk Zainuddin Bachik, berkata sesetengah pemaju perumahan sengaja memberitahu pembeli Bumiputera semua unit sudah dijual dan pada masa sama memberi atasan kepada kerajaan negeri, mereka gagal menjual unit Burniputera berkenaan.

Kerana itu, beliau menyarankan supaya kerajaan negeri mengambil aIih pen jualan rumah di bawah kuota 30 peratus Bumiputera yang didakwa gagal dijual pemaju sebelum meluluskan pengubahan ban tarafnya.

"Ini bertujuan menghalang pemaju menggunakan alasan unit itu tidak;dapat dijual, sedangkan mereka sebenamya mengelak menjual unit berkenaan pada harga potongan tujuh peratus kepada Bumiputera," katanya.

Beliau juga menyarankan supaya kuota 30 peratus itudikekalkan bagi memastikan sesuatu kawasan itu tidak hanya diduduki kaum tertentu.

"Ini memandangkan pemaju menggunakan taktik itu bagi memboIehkan unit rumah berkenaa dijual mengikut kadar harga penuh kepada bukan Bumiputera," katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pula berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan segelintir pemaju enggan mematuhi kouta penjualan rumah kepada Bumiputera.

Katanya, siasatan itu turut membabitkan arahan kepada pegawainya supaya menyamar sebagai pembeli Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPN) Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa ada pemaju perumahan mempunyai agenda tersembunyi biIa sengaja tidak mahu mendedahkan kuota Bumiputera dalam projek perumahan mereka.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak maklumat mengenai perkarai itu dan meminta kementerian terbabit menjalankan pemantauan.

"KadangkaIa ada kes kuota Bumiputera daIam projek perumahan tidak diikIankan tetapi selepas tempoh dua tahun luput, pemaju meminta kebenaran kerajaan negeri menjualnya kepada bukan Bumiputera," katanya.

Oleh itu, beliau menyarankan setiap projek perumahan perlu diiklankan dalam tempoh dua tahun sebagai tawaran kepada pembeli membuat pilihan. Zahid juga mendakwa ada pembeli menggunakan taktik baru dengan memaklumkan kepada pembeli bahawa kuota Bumiputera habis dijual supaya mereka boleh menawarkan kuota kepada bukan Bumiputera selepas tempoh dua tahun luput.

Beliau juga menyarankan agensi amanah seperti Permodalan Harta Nasional Berhad, anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditugaskan membeli lot kuota Bumiputera.

Selain itu, beliau mencadangkan skim pinjaman dua generasi dilaksanakan, yang mana kalau tempoh pinjaman asal hanya 25 tahun, ia dilanjutkan kepada 40 tahun bagi membolehkan anak pembeli meneruskan pembayaran rumah berkenaan. Walau apapun reaksi diterima, ternyata tindakan perlu dilakukan bagi memastikan adakah benar wujudnya pemaju seperti didakwa.

Jika benar, ia memang menyedihkan kerana Bumiputera antara paling ramai tidak memiliki rumah, khususnya di kawasan bandar kerana harga tinggi.

Dengan tindakan pemaju sengaja mengatakan kuota Bumiputera habis dijual supaya kadar potongan harga tujuh peratus boleh ditukar kepada harga penuh, bermakna peluang Bumiputera memiliki rumah sendiri semakin berkurangan.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang tidak diketahui bila akan berakhir, pastinya lebih ramai Bumiputera tidak mampu membeli rumah, malah ramai tidak bernasib baik apabila dibuang kerja dan menjadi penganggur.

Kerana itu, kerajaan negeri dan kementerian terbabit tidak boleh berdiam diri dan hanya memerhati masalah ini berlarutan berlaku tanpa mengambil tindakan sewajarnya.


Saranan Kayveas menunjukkan beliau berfikiran sempit, seolah-olah tiada jaIan penyelesaian bagi masalah perumahan yang berlaku ketika ini.

la ternyata jalan singkat yang akan hanya menguntungkan pemaju,sedangkan pembeli terus dibelenggu masalah kesukaran membeli rumah sendiri.

Sementara itu, Presiden Pemaju Hartanah ,dan perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Eddy Chen Lok Loi, berkata masalah kegagalan menjual lot rumah Bumiputera hanya berlaku di kawasan tertentu, khususnya pangsapuri dan rumah pangsa yang membabitkan negeri seperti Johor dan Pulau Pinang.

Pilih kediamaman

Beliau berkata, masalah ini secara amnya tidak berlaku di banyak negeri kecuali kawasan berdekatan Kampung Baru Cina kerana kebanyakan pembeli rumah Bumiputera memilih kediaman di kawasan yang mempunyai kemudahan ber ibadat dan berhampiran saudara-mara.

Contohnya di Kampung Baru Sungai Chua, pemaju menghadapi masaIah itu sejak dua tahun lalu, katanya.

Kenyataan Eddy Chen seolah-olah masalah penjualan lot Bumiputera bukan sesuatu yang serius sehingga kuota 30 peratus itu perlu dikurangkan.

Bagaimanapun, adalah wajar semua pihak terbabit menyiasat dengan teliti terlebih dulu setiap projek perumahan bagi memastikan Bumiputera membeli lot rumah dan tidak tertipu.

Ini juga penting bagi mengelak berlakunya pemaju sengaja mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan, sedangkan nasib Bumiputera yang masih belum memiliki rumah sendiri terbiar.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.