This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPN bela nasib pemilik rumah
Harian Metro 25/03/2002

SEMENYIH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPN) memberi jaminan membela nasib 106 pemilik rumah kos rendah Taman Dalma, di sini, sehingga mereka dapat menduduki rumah masing-masing.


Penolong Pengurus Besarnya, Mohd Amin Mohd Salleh berkata, pemilik rumah Taman Dalma tidak perlu mengeluarkan belanja kerana semuanya ditanggung SPN.


"Kita dilantik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai agensi pelaksana pemulihan projek terbengkalai di seluruh negara. Kita adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.


"Oleh itu, kita harap pemlik rumah Taman Dalma memberi kepercayaan penuh bagi menyambung projek pemulihan kediaman mereka yang dianggarkan hampir RM2 juta.


"Kita memberi jaminan semua kerja pemulihan akan dijalankan pada Mei dan mungkin mereka boleh mendiami rumah masing-masing sebelum Aidilfitri," katanya.


Mohd Amin berkata demikian selepas sesi penerangan tugas SPN kepada lebih 60 daripada 106 pemilik rumah Taman Dalma, di Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Beranang, di sini, semalam.


Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beranang, Ahamad Kuris Mohd Nor dan pegawai SPN.


Mohd Amin berkata, SPN kini dalam rangka untuk memulihkan 70 daripada 500 projek perumahan terbengkalai seluruh negara.


"Apabila SPN bersetuju memulih semula projek terbengkalai, kita tidak untung," katanya.


Sementara itu, Ahamad Kuris menerusi ucapannya berkata, pejabat Dun Beranang memulakan inisiatif mencari maklumat mengenai projek berkenaan.


"Saya sendiri ingin tahu pada asalnya. Oleh itu, kami cari siapa pembeli dan pemajunya. Alhamdulillah, kini semua hasrat Dun Beranang membela nasib pembeli Taman Dalma, termakbul," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.