This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk perumahan rakyat digesa ubah sikap
Utusan Malaysia 8/10/2002

Kuala Lumpur 7 Okt-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru penduduk kawasan perumahan rakyat supaya mengubah sikap menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan seperti lif dan taman permainan di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Manteri berkata, hanya menerusi perubahan sikap dan keselesaan penduduk ,taraf hidup masyarakat setempat dapat ditingkatkan.

“Daripada segi kemudahan tidak ada masalah kepada kerajaan untuk menyediakannya sebab kita ada wang.

“Demi kesejahteraan rakyat kita bersedia keluarkan wang yang banyak ,tetapi yang perlu dibangunkan ialah sikap penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Hari Habitat Sedunia 2002 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Hari Habitat Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab semua negara di dunia untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang sempurna penduduk khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Manteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Seri Ong Ka Ting dan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Sharizat Abdul Jalil yang juga Ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai.

Abdullah berkata, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) sebanyak RM2.1 billion telah diperuntukkan untuk membina rumah bagi menempatkan penduduk setinggan dan juga rakyat miskin di negara ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sekali ganda berbanding RM1.2 billion yang diperuntukkan pada RM-7.

“Ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan membina lebih banyak perumahan rakyat bagi menempatkan penduduk setinggan dan juga rakyat miskin di negara,” katanya.

Beliau menambah ,bagi tempoh RMK-8 sebanyak 55,600 unit perumahan rakyat akan dibina dan daripada jumlah itu 10,000 unit akan disiapkan tidak lama lagi.

Katanya, kesemua rumah tersebut kini adalah lebih selesa dengan keluasan 650 kaki persegi berbanding 540 kaki persegi sebelum ini.

Local Agenda 21 merupakan set garis panduan yang boleh menjadi rujukan kepada masyarakat pihak swasta dan agensi kerajaan dalam merancang dan mengurus persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Abdullah turut menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada pemenang sempena sambutan Hari Habitat Sedunia 2002.

Bagi Kategori Projek Perintis Local Agenda 21, anugerah yang diberikan kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang; Majlis Perbandaran Miri , Sarawak ; dan Majlis Daerah Krian, Perak.

Anugerah untuk Kategori Pembangunan Sistem Maklumat Geografi (GIS) pula diberikan kepada Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, manakala anugerah kategori Pelaksanaan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor.

Bagi kategori Pengurusan Jawatankuasa Penduduk Aktif ,anugerah diberikan kepada Persatuan Penduduk Perumahan Aktif , anugerah diberikan kepada Persatuan Penduduk Blok 15,16 ,17 Seksyen 24 ,Shah Alam Selangor.

Anugerah bagi Kategori Bersih dan Indah Perumahan Awam diberikan kepada Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak ,Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk Blok 1 dan 2 ,PJS6/4E, Kampung Lindungan ,Petaling Jaya.

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Pembangunan Masyarakat PBT diberikan kepada MPPJ Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.