This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syor Akta Perlindungan Pembeli Rumah

Berita Harian  17/04/2001  Oleh Nor Liza Ahmad

Persatuan Pembeli Perumahan ( HBA) meminta kerajaan mewujudkan undang-undang khusus bagi melindungi pembeli hartanah dan memastikan mereka mendapat layanan sewajarnya daripada pemaju.

Sehubungan itu, HBA mecadangkan kerajaan menggubal Akta Perlindungan Pembeli Rumah yang bertuguan memastikan hak pembeli dilindungi dan tindakan boleh diambil terhadap pemaju yang gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

Pengerusi HBA, Datuk Zainuddin Bachik, berkata kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan pemaju mengambil kesempatan dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap pembeli.

Katanya, ini kerana undang-undang yang ada sekarang dilihat banyak memberi kelebihan kepada pemaju, malah ada diantaranya yang boleh "melepaskan" diri tanpa dikenakan tindakan.

"Ia memerlukan langkah segera. Ini kerana jika tiada penguatkuasa seumpama ini masalah pembeli tidak akan selesai malah makin bertambah.

"Pihak berkuasa perlu memberi perhatian kepada masalah berkaitan sijil layak menduduki (CF) dan isu permohonan hak milik strata yang sering dibangkitkan, yang mana memberi kesan buruk kepada pembeli.

"Ini kerana mereka terpaksa menanggung risiko tinggi apabila berlaku masalah," katanya kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

HBA yang ditubuhkan pada Julai tahun lalu kini mempunyai 600 ahli meliputi pelbagai peringkat masyarakat dan bangsa.

Sehingga kini, badan sukarela itu turut mengendalikan pelbagai kes membabitkan 43 projek perumahan dan sedang menyelesaikan beberapa kes termasuk isu CF bagi penduduk Taman Permai Jaya, Ampang, Kuala Lumpur.

"HBA bukan diwujudkan untuk kepetingan politik atau peribadi, tetapi bagi membantu pembeli rumah yang tidak mendapat layanan sewajar daripage pemaju.

"Jika tiada undang-undang yang melindungi pembeli, HBA bersedia membantu mereka," katanya sambil menambah is bukan membabitkan kes individu.

Sehubungan itu, katanya HBA turut menyarankan supaya kerajaan mengawal pemberian lesen kepada pemaju dan hanya mengiktiraf projek yang berdaya maju saja bagi mengelakkan mereka (pemaju) lari.

Sementera itu, Setiausaha-Agung HBA, Chang Kim Loong, berkata kerajaan juga perlu mengetatkan syarat termasuk mengingkatkan modal berbayar kepada pemaju berbanding RM250,000 sekarang.

"Selain itu, syarikat yang gagal memenuhi tanggung-jawab mereka dan anak syarikatnya perlu diseneraihitamkan  bagi mengelakkan masalah seumpama itu terus berulang.

"Kelulusan hanya diberikan kepada projek yang berdaya maji dan pihak pemaju perlu mempunyai bukti surat tawaran pembiayaan daripada bank.

"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang, pemaju yang gagal menyiapkan projek tidak dikenakan tindakan dan mereka boleh memberi alasan tidak mempunyai cukup modal untuk meneruskan projek berkenaan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.