This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pindaan akta bangunan kurang sambutan

Berita Harian 06/02/2001

Hanya empat negeri, iaitu Melaka, Johor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mewartakan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 sehingga Disember lalu.

Jurucakap Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan berkata, lima lagi negeri, iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Kedah dan Perils pula dalam proses mewartakannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sambutan negeri berhubung pelaksanaan pindaan Undang-undang kecil Bangunan Seragam 1984.

Undang-undang itu yang diluluskan Kabinet serta Mesyuarat menteri besar dan Ketua Menteri pada 1998, mewajibkan sijil kelayakan menduduki (CF) dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh permohonan pemaju.

Tahun lalu, kerajaan mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya meluluskan permohoinan CF dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan lengkap dikemukakan.

Antara punca utama kelewatan itu ialah masih terdapat pemaju tidak mengemukakan permohonan lengkap kerana pemantauan mendapati hanya 34 peratus pemaju berbuat demikian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ong Ka Ting pula tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan di kalangan kakitangan PBT dalam meluluskan CF.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu berlaku mungkin kerana pegawai atau kakitangan PBT terbabit tidak memahami syarat atau prosedur ditetapkan dalam mesyuarat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri pada 1995.

Mengenai tempoh yang diberi untuk kerajaan negeri mewartakan undang-undang berkenaan, jurucakap itu berkata, tindakan segera sepatutnya diambil kerana pekeliling berkaitan sudah di keluarkan.

"Apabila perkara ini sudah dibincang serta diluluskan dalam kabinet serta Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan segera" katanya.

Ditanya jika ada pemaju sudah menerima kelulusan permohonan CF selepas dua minggu menyerahkan Borang E, beliau berkata permohonan akan diluluskan setelah semua jabatan teknikal memberi persetujuan.

Katanya, kelewatan kelulusan prosedur itu berpunca sama ada pemaju tidak lengkap mengisi Borang E atau tidak mendapat kelulusan jabatan teknikal berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.