This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

493 projek perumahan RM15b terbengkalai
Utusan Malaysia 10/02/2001

Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 493 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPN), Datuk Ahmad Zahid Hamid berkata, sebanyak 47 projek perumahan yang dianggarkan bernilai RM1.3 bilion daripadanya telah dipilih untuk dipulihkan didalam fasa pertama yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Langkah pemulihan ini dilakukan dengan berhati-hati kerana pihak kerajaan akan menumpukan perhatian terhadap projek-projek yang berpotensi untuk dipulihkan.

‘Keutamaan akan diberikan kepada projek perumahan yang melibatkan pembeli-pembeli yang telah menanggung pinjaman bank sekian lama dan terpaksa menyewa rumah pada waktu yang sama ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan logo baru SPN berbentuk bumbung rumah yang merupakan manifestasi peletakan semula landasan pelakasanaan dan dasar syarikat yang melambangkannya sebagai sebuah syarikat pemaju perumahan kerajaan sepenuhnya.

Turut sama pada majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah SPN serta Pengarah Urusannya, Mohd Zaihan Mohd. Zain.

Sebanyak 10 daripada 47 projek perumahan yang akan dipulihkan itu bertempat di Selangor, Pahang (8), masing-masing empat di Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan, masing-masing tiga di Kedah, Pulau Pinang dan Melaka, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Perils dan Terengganu.

Menurut Ahmad Zahid, pelaksanaan fasa pertama projek pemulihan itu akan mengambil masa antara enam bulan sehingga dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Ahmad Zahid menegaskan, tindakan tersebut bukan bertujuan untuk menyelamatkan para pemaju tetapi lebih kepada membantu pembeli-pembeli rumah yang menghadapi tekanan kewangan.

“Mengikut kajian, 80 peratus daripada masalah projek terbengkalai berpunca daripada masalah kewangan pemaju itu sendiri seperti tanah yang tidak dapat ditebus serta masalah dengan bank akibat kadar aliran tunai yang tidak mantap.

“Ada pembeli yang terpaksa membayar pinjaman bank dan dlam masa sama masih menyewa rumah lain dan ini berlaku dalam tempoh 20 tahun,” katanya.

Ditanya bila baki projek terbengkalai sebanyak 466 projek itu akan dilakasanakan, beliau berkata, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sebuah jawatankuasa pemantauan telah ditubuhkan melibatkan para pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama SPN bagi mengenal pasti keutamaan yang akan diberikan kepada projek untuk dipulihkan.

Ahmad Zahid berkata, SPN juga telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan untuk membina segera kuarters angkatan tentera dan kakitangan awam ditujuh lokasi meliputi 6,935 unit.

Sebanyak 1,842 unit rumah angkatan tentera akan didirikan di Kementerian pertahanan; Kem Pasifik, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (KL) (834), Kem Sungai Besi, KL (1,478), Kem Wardieburn,

Setapak, KL (946), Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang (650), Jalan Cochrane, KL (560) dan Jalan U-Thant, KL.

Bagi kakitangan awam, sebanyak 300 rumah akan didirikan di jalan U-Thant, KL.

Sementara itu, bagi pembinaan rumah-rumah kos rendah, SPN katanya, akan membina 1,000 unit rumah jenis itu di Balok, Pahang yang bernilai RM33 juta, Dengkil, Sepang (960 unit) bernilai RM30.24 juta yang telahpun siap sebanyak 45 peratus serta di Taman Medan (840) bernilai RM29 juta.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.