This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju diberi amaran
Harian Metro 14/12/2001

HULU KLANG: Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan syarikat pemaju Pangsapuri Riverdale, Bukit Antarabangsa, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Setinggan, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata tindakan tegas itu akan dikenakan berikutan pemaju terbabit gagal menunaikan janji membaiki hakisan tanah di Blok B dan C pangsapuri itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tidak mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) atau sebarang kelulusan bagi projek pembangunan yang dijalankan syarikat pemaju terbabit.

"Saya akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai hal ini kerana pemaju itu tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mempermainkan penduduk," katanya ketika melawat pangsapuri berkenaan, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua MPAJ, Ahmad Kabit. April lalu, berlaku hakisan tanah berhampiran rumah penduduk di pangsapuri itu dan hakisan itu berlaku terlalu dekat dengan dapur mereka.

Pemaju terbabit berjanji untuk membaiki kerosakan di situ bagi menghalang hakisan berulang, dalam tempoh tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, Mokhtar berkata, pemaju terbabit gagal berbuat demikian dan hanya melantik kontraktor beberapa hari lalu.

"Kontraktor terbabit melalui pejabat peguam mereka sudah menghantar surat kepada MPAJ untuk memulakan kerja membaiki selepas Aidilfitri, hanya apabila bayaran diberikan oleh pemaju," katanya.

Pemaju terbabit, katanya, juga sukar dihubungi dan alamat syarikat yang didaftarkan tidak dijadikan tempat sebenar mereka beroperasi.

Mokhtar berkata, MPAJ sudah menjalankan peranan mereka dengan membaiki beberapa kerosakan seperti saliran dan longkang.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.