This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

STRATEGI BANTU MANGSA PROJEK TERBENGKALAI
Berita Harian 20/01/2001

Bagan Datoh, Jumaat – Syarikat Perumahan Negara (SPN) sedang merangka beberapa strategi bagi membantu pembeli rumah yang menjadi mangsa pemaju projek perumahan yang terbengkalai, termasuk menyenaraikan bilangan unit rumah dan pemaju terbabit.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menganggar kira-kira RM15 billion nilai projek perumahan di negara ini terbengkalai dan ini sangat serius.

“Malah, pihaknya masih menerima banyak aduan daripada pembeli yang mendakwa pemaju tidak bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu projek.

“Justeru SPN sedang merangka strategi terbaik dengan fokus membela pembeli termasuk pembeli rumah kos rendah, yang mendakwa ditipu pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majils rumah terbuka Aidilfitri Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Gerakan Belia 4B di pekarangan pejabat PPK, Simpang Tiga, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 115 bakal jemaah haji dari mukim Bagan Datoh dan Rungkup menerima sumbangan kain batik dan pelikat.

Beliau berkata, senarai bilangan unit runah terbengkalai di setiap negeri dan pemaju terbabit akan dikeluarkan sebelum akhir bulan ini.

“Pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju yang enggan atau gagal menyiapkan projek mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pemaju terbabit.

Zahid berkata, kegagalan pemaju menyiapkan projek menyebabkan pembeli terpaksa menyewa rumah dan membayar ansuran pinjaman kepada institusi kewangan.

Katanya, fenomena rumah terbengkalai bernilai RM15 billion berlarutan sejak 1983.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.