This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai :SPN terima RM1.3 billion
Utusan Malaysia 29/01/2001

BAGAN DATOH 28 Jan – Kerajaan memperuntukkan RM1.3 billion kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPN) bagi menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di seluruh negara.

Pengerusi SPN, Datuk Zahid Hamidi berkata, dianggarkan sebanyak 47 skim perumahan terlibat dalam projek pemulihan itu.

Menurut beliau, peruntukan yang disalurkan menerusi tabung Skim Pemulihan Projek Terbengkalai (SPPPT) sebagai usaha untuk menyiapkan rumah-rumah yang terbengkalai.

Tabung itu kata beliau, akan dapat membantu menyelesaikan masalah pembeli-pembeli rumah yang selama ini terpaksa menanggung beban membayar sewaan rumah kediaman.

“SPN akan mengenal pasti dan memantau serta melaksana projek perumahan dan hanya akan memulihkan projek-projek perumahan yang tidak menghadapi masalah yang terlalu membebankan yang berpunca daripada pemaju perumahan,” ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas meraikan bakal-bakal haji daerah ini di sini.

Menurut beliau, kerajaan juga telah meminta SPN mengambil langkah perlu untuk memulihkan projek-projek perumahan antaranya dengan mengadakan rundingan dengan pemaju, juru perunding dan kontraktor terlibat.

“Satu kajian terperinci telah dijalankan oleh SPN termasuk menilai semula harga rumah, jumlah yang dituntut oleh kontraktor dan isu-isu yang berkaitan masalah kewangan,” ujarnya.

Menurut beliau, terdapat juga kemungkinan harga jualan yang telah ditetapkan tidak mencukupi untuk meneruskan projek berkenaan disebabkan kelewatan yang mungkin hampir 20 tahun.

Katanya, SPN sedang meneliti beberapa isu perundangan dan kelewatan yang dituntut sebagai tanggungan yang menjadi beban kepada pembeli rumah.

“SPN meminta pembeli rumah yang terlibat dalam skim perumahan terbengkalai supaya memberikan kerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah mereka walaupun pemaju perumahan bertanggungjawab menyelesaikannya,” ujar beliau lagi.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.