This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

RM1.3 billion pulih rumah terbengkalai
Berita Harian 29/01/2001

BAGAN DATOH, Ahad – Kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM1.3 billionuntuk memulihkan 47 skim perumahan terbengkalai di seluruh negara menerusi tabung Skim Pemulihan Projek Terbengkalai (SPPT) tidak lama lagi.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPN) , Datuk Ahmad Zaidi Hamidi, berkata sebuah jawatankuas kerja projek yang dianggotai Pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama SPN, diberi tanggungjawab menguruskan projek terbabit.

Beliau bagaimanapun berkata, SPN hanya mengambil alih pengurusan tabung itu, manakala SPPT masih diletakkan dibawah pengendalian Bank Negara Malaysia.

Pada peringkat awal, katanya, SPN akan menggunakan peruntukan tabung SPPT berjumlah kira-kira RM1.3 billion untuk memulihkan 43 skim perumahan terbengkalai di seluruh negara.

“Hanya projek perumahan yang tidak menghadapi masalah terlalu membebankan diutamakan dalam skim pemulihan peringkat awal ini,” katanya kepada pemberita di Simpang Empat di sini, semalam.

Terdahulu beliau menyampaikankan sumbangan wang tunai, sejadah dan telekung/kain pelikat kepada 211 penduduk kampung kawasan Parlimen Bagan Datoh yang akan menunaikan ibadat haji. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Abdullah Ahmad.

Ahmad Zaidi berkata, skim itu diwujudkan kerana keprihatinan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung pembeli berikutan kegagalan pemaju menyiapkan projek.

Menurutnya, pembeli bukan saja menanggung beban bayaran balik pinjaman pembelian rumah kepada institusi kewangan malah pada waktu sama terpaksa membayar sewa bulanan rumah.

Beliau berkata, pihaknya mengenal pasti 80 peratus skim perumahan yang gagal disiapkan kerana pemaju menghadapi masalah kewangan dan gagal membuat anggaran tepat terhadap nilai projek.

Di samping itu, kelemahan sistem memasarkan unit rumah menyebabkan aliran tunai syarikat tergendala.

Kelewatan mengubah status tanah, katanya, turut menyebabkan tapak perumahan itu gagal dijadikan.cagarn kepada institusi kewangan.

“Akibat keadaan itu, bank atau institusi kewangan lain sukar mengeluarkan pinjaman kepada pembeli yang sudah yang sudah membayar wang pendahuluan dan wang kemajuan kepada pemaju,” katanya.

Ahmad Zahid memberi jaminan pihaknya akan meneliti beberapa isu perundangan dan kelewatan yang dituntut sebagai tanggungan sehingga membebankan pembeli.

Beliau juga meminta mereka yang terbabit memberi kerjasama kepada SPN dalam mengatasi masalah itu.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.