This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PBT gagal patuhi CFO dipandang serius
Utusan Malaysia 09/11/2000

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri DR Mahathir melahirkan kebimbangan mengenai kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mematuhi garis panduan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) yang dipersetujui oleh kabinet dan kerajaan tempatan pada tahun 1995.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, Dr memandang serius perkara itu dan akan memberi nasihat menerusi saluran-saluran tertentu bagi mengatasi masalah tersebut.

“PM mengambil berat perkara itu dan bertanyakan mengapa ada PBT yang tidak mengikut arahan yang terkandung didalam CFO,” kata beliau pada sidang akhbar majlis pelancaran Ekspo hartanah Malaysia 2000 (Mapex 2000) di sini hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri melahirkan kebimbangan itu di dalam mesyuarat kabinet pada hari ini.

Beliau memberitahu, ada PBT yang mengarahkan pemaju membina parit ataupun jalan selepas CFO diluluskan.

“Sekiranya perlu, PBT perlu (bina jalan ataupun parit) selesaikan masalah dengan pemaju dan jangan masukkan syarat itu di dalam CFO,” katanya lagi.

Ditanya bagaimana kementerian beliau mengatasi masalah itu, Ong berkata,”kementerian akan keluarkan surat pekeliling kepada PBT untuk mematuhi syarat tersebut.”

Menyetuh tentang lebihan penawaran di dalam hartanah komersial, beliau berkata, penyelesaiannya hanya menerusi peningkatan pertumbuhan ekonomi.

Mapex 2000 ialah ekspo hartanah terbesar bermula 8 November hingga 24 November in dilancarkan serentak di seluruh negara.

Hari ini ia hanya dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra membabitkan 67,098 unit kediaman bernilai RM11.2 bilion.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.