This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tabung Projek Terbengkalai dilancar semula
Utusan Malaysia 8/12/2000

KUALA LUMUR 7 Dis. - Tabung Projek Terbengkalai bagi memulihkan projek perumahan tergendala akan dilancarkan semula dilancarkan semula tidak lama lagi berikutan bertambahnya projek-projek yang tidak dimajukan ekoran kemelesetan ekonomi hampir dua tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata tabung itu akan dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara.

Beliau memberitahu, pihaknya telah berunding dengan Kementerian Kewangan bagi memulihkan semula tabung itu.

Kita telah berbincang dan mengenal pasti kira-kira 40 projek berdaya maju yang boleh diselamatkan, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN – Larut) di Dewan Rakyat disini hari ini.

Menurutnya tabung itu hanya akan membantu projek-projek yang boleh dimajukan semula terutamanya yang mempunyai jumlah pembeli yang ramai serta masih berminat untuk meneruskan projek.

Ada projek belum dimulakan dan pembeli tidak berminat, jadi itu susahlah untuk dibantu katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP – Kepong), Ong berkata, kerajaan telah melebihi sasaran pembinaan 800,00 unit rumah dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.