This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tukar hak milik tanah siap tiga hari
24/11/2000 Berita Harian

Urusan pendaftaran dan menukar hak milik tanah kini boleh dilakukan dalam masa sehari hingga tiga hari sahaja berikutan pengenalan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) empat bulan lalu.

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam berkata, sebelum ini urusan pendaftaran berkenaan mengambil masa antara tujuh bulan hingga setahun.

Beliau berkata, setakat ini lima negeri iaitu Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah mengguna pakai SPTB yang menelan belanja RM50.5 juta.

“Kejayaan SPTB di negeri berkenaan mendorong kerajaan meluluskan RM179 juta lagi bagi membangunkan fasa kedua membabitkan tujuh negeri iaitu Johor, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang yang dijangka siap menjelang 2003,” katanya selepas merasmikan Hari Kualiti Kementerian di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Dr Tan Kee Kwong dan Ketua Setiausaha kementerian, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusuf.

Kasitah berkata, menerusi SPTB, kira-kira 402 juta dokumen hak milik tanah akan disimpan dalam pangkalan data di Pejabat Pendaftaran Tanah di setiap negeri dansemua urusannya di seluruh Semenanjung diseragamkan.

Sebelum ini, semua urusan membabitkan tanah dilakukan menggunakan sistem manual.

Dalam perkembangan lain, Kasitah berkata, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) akan menjadi agensi pertama kerajaan menyediakan perkhidmatan perniagaan secara e-dagang kepada orang awam yang ingin berurusan dengan agensi berkenaan.

Katanya, perkhidmatan itu akan menggunakan protokol Transaksi Elektronik Selamat (Set) dan ewallet iaitu kaedah selamat bagi pembayaran melalui internet.
Konsep e-dagang Jupem itu dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, pada 9 Disember depan sempena lawatan beliau ke kementerian itu.

“Pembabitan dalam e-dagang selaras usaha memastikan pengurusan dan pembangunan tanah negara mampu menyokkong pencapaian dasar pembangunan nasional menuju wawasan 2020,” katanya.

Beliau berkata, perniagaan itu membabitkan penjualan peta topografi melalui Internet terutama kepada golongan profesional yang memerlukan maklumat terperinci seperti status tanah, geran, lokasi dan nombor lot tanah.

“Kalau dulu, peguam yang ingin menentukan tanah milik pelanggannya tergadai atau tidak, mereka terpaksa datang ke pejabat Jupem untuk mendapatkannya dan ini mengambil masa yang panjang.

“Namun, kini mereka boleh membeli peta melalui internet. Apa yang perlu dilakukan ialah membuka akaun dengan Jupem dan mendapatkan kod masing-masing,” katanya.

Setakat ini, Jupem mempunyai seramai 300 pelanggan menerusi system itu yang kebanyakannya terdiri daripada peguam dan pemaju perumahan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.