This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

KKTP dapat pinjaman pulih 5 projek rumah
18/04/1998   Berita Harian

KKTP Sdn Bhd, syarikat milik penuh kerajaan Sabah, memperolehi kemudahan pinjaman berjumlah RM41.5 juta daripada Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (AMMB), bagi memulihkan lima projek perumahan terbengkalai di
negeri ini.

KKTP dijangka mengambil alih serta memulihkan projek perumahan Taman Ehsan Fasa II di Kudat membabitkan 232 unit rumah; Taman Richdar, Kota Kinabalu (230 unit); Taman Kota, Keningau (254 unit); Taman Orchid, Tawau (71 unit) serta Taman Hartawan, Kota Kinabalu (40 unit).

Anggaran untuk membaik pulih semua 827 unit rumah terbengkalai itu adalah sebanyak RM53 juta, termasuk kos pembelian tanah. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk kos faedah pembelian.

Usaha pengambilalihan serta memulihkan semua projek perumahan terbengkalai yang dilaksanakan KKTP dengan kerjasama KC Project Management Sdn Bhd itu, dijangka siap dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun.

Majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu diadakan di Kota Kinabalu, kelmarin, yang disaksikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Wences Anggang.

KKTP diwakili pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Rashid dan timbalannya juga Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abdul Rahim Sidek, manakala AMMB diwakili oleh pengurus kanannya, Liew Sung Soo dan John Jayasuria.Anggang, dalam ucapannya, berkata sehingga kini, kementeriannya dengan kerjasama KC Project Management Sdn Bhd sudah berjaya memulihkan tujuh daripada 28 projek perumahan terbengkalai yang dikenal pasti.

Projek perumahan berkenaan ialah Taman Judy di Menggatal membabitkan 28 unit rumah; Taman Tinosan, Sandakan (230 unit); Goodview Garden, Lahad Datu (30 unit); Taman Kinamas, Beaufort (51 unit); Taman Maya, Kota Kinabalu (89 unit); Taman Winning, Penampang (10 unit) serta Viewpoint Park, Inanam (122 unit).

Manakala sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sama ada dibangunkan semula oleh pemaju, pemilik projek dan bank atau institusi kewangan yang menaja jamin, atau dijual kepada pihak ketiga yang berminat.

Beliau berkata, sebagai usaha memastikan projek perumahan terbengkalai sedia ada dapat dibangunkan semula, kerajaan Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk menubuhkan KKTP pada 31 Disember 1994 dengan modal berbayar RM8 juta.

Projek pertama syarikat itu ialah memulihkan 91 unit rumah Fasa I Taman Ehsan yang sebelumnya dikenali sebagai Taman Wiseland di Kudat yang terbengkalai sejak 1986, untuk disiapkan dalam tempoh tujuh bulan dan siap sepenuhnya pada Januari 1997.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.