|
PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH
Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli
Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi
membeli rumah, sila pastikan:
-
Pemaju Perumahan mempunyai
lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
-
Mempunyai permit iklan dan
jualan yang sah dan berkuatkuasa.
-
Kenal Pasti Jenis Rumah
-
Surat Perjanjian Jual dan Beli
(SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) ialah 24 bulan
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB untuk
bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan
seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar.
-
Pembeli adalah dinasihatkan
mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di
dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen,
permit dan sebagainya.
Hakmilik Tanah
Dapatkan Maklumat dari Pemaju
Perumahan
-
Brosur projek perumahan secara
percuma
-
Teliti spesifikasi bahan
pembinaan
-
Contoh Surat Perjanjian Jual
dan Beli
-
Luas bangunan
-
Kedudukan rumah dibina
-
Tarikh di jangka siap
-
Keadaan tapak berbukit, bekas
lombong, paya
-
Rujukan No. Kelulusan Pelan
Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Hak dan Kepentingan Pembeli
dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
-
Perlu difahami isi perjanjian
Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam
Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
-
Bayaran Pertama
-
Pembeli perlu menandatangani
SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada
pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang
sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh
mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat
Perjanjian Jual dan Beli.
Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran
ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani
oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.
Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan
(End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 14
hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan
faedah oleh pemaju yang dikira dari hari atas kadar 10% setahun ke atas
ansuran yang tidak berbayar.
Pembatalan Perjanjian Jual dan
Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan
pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu
tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli.
Pemaju hendaklah menghantar Surat
Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian
Jual dan Beli.
Bayaran Penyelenggaraan
Perkhidmatan
Pembeli hendaklah membayar bagi
perkhidmatan-perkhidmatan seperti pungutan sampah, pembersihan
parit-parit awam dan potongan rumput di rezab jalan mulai dari tarikh
pemilikan kosong bagi tanah dan bangunan (landed property) dan bagi
bangunan yang dipercahbahagi sehingga milik strata dikeluarkan dan
Perbadanan Pengurusan (MC) ditubuhkan.
Bayaran Cukai Tanah, Cukai
Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Perjanjian Jual
dan Beli, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran,
cukai taksiran dan caj-caj lain berkenaan dengan harta yang dibeli.
Pemilikan kosong bangunan dengan
bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan
kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi
tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi)
Permohonan Perakuan Layak
Menduduki Bangunan
Semasa penyerahan pemilikan kosong
dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO)
daripada Pihak Berkuasa (Borang E dalam UBBL).
Menduduki Rumah
Pembeli hanya boleh menduduki rumah
apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa berkenaan.
Ubahsuai rumah hanya dibenarkan
selepas mendapat CFO dan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa berkenaan.
Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan
Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang tepat (iaitu 24 bulan dari
tarikh Perjanjian Jual dan Beli atau 36 bulan bagi bangunan yang
dipecahbahagi) pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang
dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli
rumah.
Tuntutan Gantirugi dan Had Masa
Pembeli boleh menuntut bayaran
gantirugi daripada pemaju sebelum tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh
penyerahan pemilikan kosong (serah kunci / V.P) yang disebut dalam
perjanjian Jual dan Beli selaras dengan Akta Had Masa 1953.
Tempoh Liabiliti Kecacatan
Mulai 1 Ogos 1996 tempoh Liabiliti
Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
Penubuhan Perbadanan Pengurusan
Bagi Tanah dan Bangunan Yang
DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan
diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata yang berasingan
bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan Pengurusan adalah
bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.
Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :
Bahagian Pengawasan dan
Penguatkuasa
kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
Blok K, Paras 4, Pusat Bandar
Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 2547033
No.Fax : 03 - 2525049
Ataupun e-mel Pegawai Penguatkuasa
kami di enforcement@kpkt.gov.my dan berikan maklumat yang lengkap
seperti Nama Penuh, No. K/P, Nama Pemaju, Nama Taman Perumahan dan
sebagainya.
Bahagian ini adalah satu Bahagian
di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang
dipertanggungjawabkan menjalankan pengawasan dan penguatkuasaan ke atas
Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118).
Sumber :
Bahagian Pengawasan dan
Penguatkuasa Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta
Terpelihara © KPKT 1998-99
|