This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

'Mahkamah terkhilaf perintah MPAJ tanggung ganti rugi'

19/07/2005 Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 18 Julai – Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila mengekalkan perintah bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertanggungjawab
menanggung ganti rugi terhadap 82 penghuni dua blok kondominium Highland Towers yang terpaksa berpindah.


Peguam V. S. Viswanathan yang mewakili MPAJ, dalam hujahnya berkata, Mahkamah Rayuan telah bertindak melampaui keterangan dan bukti yang dikemukakan di mahkamah dalam membuat keputusan
itu.


Katanya, ini kerana terdapat banyak keterangan dan bukti jelas pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang menunjukkan MPAJ tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam tragedi tersebut.


"Dalam kes ini, defendan kelima iaitu Arab-Malaysian Finance Bhd. (kini Am-Finance) adalah jelas sebagai penyebab tunggal kepada runtuhnya Blok 1 Highland Towers.


"Apa saja kecuaian MPAJ telah dilindungi oleh perbuatan defendan kelima," katanya ketika berhujah mewakili MPAJ dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini.


Rayuan MP AJ didengar di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mengetuai sidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Hakim Datuk Arifin Zakaria.


MPAJ merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan peratusan liabiliti 15 peratus terhadap MPAJ, jurutera Wong Yuen Kean (10 peratus), Arab-Malaysian (30 peratus), Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. (20 peratus).


Mahkamah Rayuan melepaskan MPAJ daripada tanggungan kerugian selepas tragedi; tetapi memutuskan majlis itu bertanggungjawab terhadap ganti rugi sebelum runtuhan apabila mahkamah itu membenarkan rayuan balas penghuni kondominium itu.


Pada 4 Disember 1996, pemilik-pemilik kondominium Highland Towers telah mengemukakan saman terhadap 10 defendan bagi menuntut ganti rugi yang dianggarkan berjumlah RM31 hingga RM35 juta.
Hujah rayuan MPAJ bersambung esok.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.